phone: +420 776 223 443
e-mail: support@londoncreative.co.uk
Info lanjut, klik di sini

Dec 23, 2010

Cinta Gila

Pernahkah anda digilai lelaki yang begitu teruja dengan diri anda? Si dia yang menyintai anda itu mungkin benar-benar ikhlas namun anda tidak pernah memberikannya peluang kedua.



Apabila segalanya sudah berakhir, menyesal pun sudah tidak berguna. Bukan seperti drama, segalanya berakhir dengan kebahagiaan namun dalam dunia nyata, tidak semuanya berakhir penuh kebaikan.



Mengakhiri episod sebuah percintaan yang malap, penuh kesayuan dan kepedihan membuatkan anda merana selamanya.



Biarpun pernah menderita, cuba selidiki kenangan yang pernah anda cipta bersama si dia. Mana tahu anda mampu mengubah pandangan anda kepadanya.



# Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.



# Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.



# Orang yang menyintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun anda berasa berat badan sudah bertambah.

# Orang yang menyintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.



# Orang yang menyintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringaks (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.



# Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara berbeza bukan ”aku CINTA padamu” tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.



# Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir anda dan tidak dapat mengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.



# Orang yang menyintai anda akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.



# Orang yang menyintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.



# Orang yang menyintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.

# Jika anda kurang sihat kali terakhsr bertemu,dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan anda.



# Orang yang menyintai anda akan memberikan satu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.



# Orang yang menyintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana sudah menggegarkan dunia

0 Comments:

---Leave your comment here..---

PENAJA BLOG

Info lanjut klik di sini