Bagus ke harga rokok naik?
Ini merupakan satu berita baik kepada perokok pasif dan berita buruk bagi perokok tegar. Tetapi sejauh manakah keberkesanan jika ia menjadi realiti dengan melaksanakan cadangan rokok naik harga sekitar RM50 sekotak? Ini kerana kerajaan melihat hanya cara ini sahaja yang dapat membanteras budaya merokok dikalangan rakyat Malaysia.
Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan rokok naik harga pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok. Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.
”Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada tabiat itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekotak rokok yang mengandungi 20 batang dijual pada harga RM30 hingga RM50 supaya tidak mampu dibeli terutama golongan remaja. Rosnah berkata, pihaknya juga bersedia mengkaji cadangan supaya kotak rokok dilitupi sepenuhnya dengan paparan amaran kesihatan manakala jenama rokok hanya dicetak pada saiz yang kecil pada sisi kotak.
Bagaimanapun, jelas Rosnah, sebelum itu kementerian terlebih dahulu terpaksa mengambil kira peraturan yang ditetapkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Beliau berkata, sebab itu apa yang lebih penting ialah penyertaan masyarakat dalam usaha mengurangkan tabiat merokok kerana penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk atasi tabiat ini.
Selepas membaca cadangan untuk menetapkan harga terbaru rokok pada kadar yang sangat tinggi membuatkan saya terfikir, adakah cadangan ini ingin mengharapkan agar statistik bilangan perokok akan menurun? Atau……….kerajaan nak cari duit lebih sebenar-benarnya. Kerajaan pada masa sekarang berjaya mengaut pendapatan yang berlipat kali ganda hasil cukai yang dikenakan ke atas rokok, kemudiannya kerajaan membuang “kembali” duit tersebut untuk membuang kempen TAK NAK MEROKOK dan juga perbelanjaan perubatan bagi perokok-perokok yang menghadapi penyakit kronik. Pelik bukan?
Apabila rokok naik harga bukanlah jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik. Kenapa tak berani nak haram terus? Kerajaan takut hilang tax ker? Apabila harga rokok naik sehingga RM50 sekalipun, orang kaya tidak terkesan pun sebenarnya dan mereka tiada masalah soal duit. Yang pentingnya KEPUASAN MEROKOK. Ini yang unik sifat bagi seorang perokok.
Ada beberapa kesan seterusnya yang terlihat dengan menjadikan rokok naik harga ini, tidak kira samada baik mahupun buruk
• Boleh juga tingkatkan industri kampung… industri buat rokok daun.
• Tukang seludup mungkin akan buat parti, kerana jika benar cadangan ini ingin diteruskan mungkin harga rokok seludup pun akan naik apabila permintaan mula meningkat
• Pembuat rokok di Indonesia boleh mula tersenyum meleret.
• Sebilangan pegawai inforcement yang kaki rasuah pun sudah mula berkira-kira… masyukkk
• Jangan terkejut jika akan terdengar kes anak bunuh ibu disebabkan si ibu tiada duit nak beli rokok untuk anaknya (Minta maaf ye dan jangan salah faham, saya sama sekali tidak berniat dan tidak mahu melihat kejadian ini berlaku tetapi kemungkinan tetap ada).
• Satu hari nanti pasti, rokok susah nak dapat. Kalau beli pun di pasaran gelap (tidak mustahil cara jual rokok sama dengan jual dadah). Harga rokok RM50 pun nanti sudah hampir sama dengan satu peket kecil ice (syabu). Renung-renungkanlah……
• Apabila harga pun sikit lebih kurang dengan harga ganja dan dadah, tidak mustahil rokok akan menjadi sasaran pencuri. Permintaan tinggi dan harga dijual pun meningkat. Bersedialah….Mereka curi 200 kotak, jual sekotak dalam RM20 di black market. Ada terfikirkah kerajaan?
Sepatutnya apabila harga rokok naik, harga arak juga patut dinaikkan. Adakah arak tidak mendatang kesan buruk kepada masyarakat? Sedangkan remaja bawah umur masih lagi tersenyum lebar dan begitu mudah membelinya kerana harga sesetengah arak masih lagi kadar yang lebih murah.
Bagaimana pula dengan 5 tahun fokus untuk kempen TAK NAK MEROKOK sebelum ini? Hasilnya? Selepas habis berjuta-juta ringgit daripada segi iklannya, kempen berbentuk ceramah dan pameran.
Ya….ini baru diperingkat cadangan dan diharap kerajaan perlu memilih mekanisme yang terbaik bagi membendung gejala merokok dikalangan orang Malaysia. Itu sebabnya diharap sangat kerajaan memperhalusi semula cadangan seperti ini. Supaya tidak buat kerja dua kali dalam membanteras budaya merokok dikalangan rakyat Malaysia, tetapi matlamat masih tidak tercapai.

0 Comments:
---Leave your comment here..---