Bencana Akhlak..
Bencana Akhlak
Keruntuhan akhlak semakin berleluasa dalam kalangan remaja mutakhir ini. Hal ini berhubung menerusi laporan media massa yang menggemparkan segenap lapisan masyarakat di Malaysia baru-baru ini heboh memperkatakan tentang penyebaran video aksi seks sepasang kanak-kanak yang kian tersebar menerusi teknologi telefon bimbit.
Lebih mengejutkan lagi apabila mereka yang terlibat berusia dalam lingkungan 11 hingga 14 tahun. Di fahamkan ada yang berpendapat mereka merupakan pasangan adik-beradik berdasarkan struktur badan dan ketinggian.
Sementara itu, berdasarkan video yang dirakam dipercayai aksi tersebut dilakukan di sebuah hotel oleh pihak ketiga. Hal ini berikutan situasi keadaan bilik sekeliling.
Punca bencana akhlak ini berkemungkinan berikutan penyebaran video-video aksi ranjang yang semakin berleluasa di internet. kebanyakan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dengan menyebarkan aksi-aksi ranjang tanpa menetapkan had-had umur.
Selain itu, pergaulan bebas tanpa batasan juga boleh membawa mereka cenderung dalam aktiviti negatif seperti ini, di samping mereka mudah terjebak dengan pengaruh tayangan drama beraksi lucah yang ditayangkan di televisyen.
Faktor kurangnya pendidikan agama juga mendorong mereka untuk melakukan kegiatan seperti ini. Mereka yang tidak dididik dan diajar mengenali baik buruk sesuatu perkara itu juga membuatkan mereka tidak dapat mengenalpasti kesan dan akibat sesuatu perkara di sekeliling mereka.
Hal seperti ini jika dibiarkan berleluasa akan menyebabkan fenomena bencana akhlak bakal mendatang menggegarkan negara ini dalam gelombang yang lebih dahsyat, seandainya tersebar dan tiada pendekatan dibuat untuk mencegah.
Mereka juga tidak dapat kita gambarkan bagaimana keadaannya apabila mereka dewasa kelak lebih-lebih lagi kepada golongan perempuan yang akan mendirikan rumahtangga. Kes pembuangan bayi juga kemungkinan besar akan menjadi satu trend pada era mereka.
Sehubungan itu pelbagai pencegahan harus difikirkan pelbagai pihak demi kebaikan semua. Antaranya mengawal had umur pelayar laman web terhadap sesetengah laman yang berunsurkan seks.

0 Comments:
---Leave your comment here..---