Komitmen Ahli UMNO Selamatkan Rakyat Dari Pembohongan
KUALA LUMPUR – “Ahli UMNO perlu komited dan menjadi tentera barisan hadapan membantu parti, kita jangan jadi ahli yang tidak beri sumbangan, tidak guna mendabik dada mengatakan kita ramai tetapi sebenarnya kita tidak menyumbang,” kata Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin.
Katanya lagi, setiap mereka yang menyertai UMNO perlu tahu tanggungjawab sebagai ahli dan memahami perjuangan parti serta membantu menangkis serangan pelbagai tohmahan yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap UMNO.
Beliau berkata, komitmen ahli yang berdaya juang tinggi menepis fitnah dan jarum beracun pembangkang akan menyelamatkan rakyat daripada kekeliruan, kebencian dan terjerumus kepada pembohongan pakatan pembangkang.
“Kita perlu bertindak seperti tentera, yang sentiasa mempunyai semangat juang untuk mempertahankan negara dari diserang, begitu juga dengan ahli UMNO perlu ada sifat juang mempertahankan parti walau ada apa keadaan sekalipun.
“Kita bakal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, ahli UMNO perlu bangun lawan parti pembangkang yang banyak tabur fitnah, kita tidak boleh membiarkan sahaja, ini boleh meracun pemikiran rakyat sehingga mereka benci kepada UMNO,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Tan Sri Rahim Tambi Chik yang mengatakan ahli UMNO adalah tentera politik dan perlu bersiap sedia melaksanakan tugas yang diarahkan pemimpin parti.
Mengulas kenyataan bahawa ahli UMNO perlu menjadi tentera sejati bukannya tentera upahan atau tentera sukarela, Dali berkata, ahli UMNO perlu menjadi barisan hadapan bukannya hanya menunggu arahan sahaja baru bertindak.
“Memang kita tahu, tentera upahan hanya buat kerja apabila ada imbuhan, tentera sukarela bekerja untuk membantu barisan hadapan, apakah kita mahu termasuk dalam dua kategori itu. Ahli UMNO seharusnya berada di barisan hadapan untuk melaksana apa yang dirancang oleh pemimpin tertinggi.
“Itu sebabnya ahli UMNO perlu ada sifat juang yang sentiasa berada di hati sejak dari mula mereka masuk UMNO, jangan jadi ahli yang bermusim, bekerja hanya untuk dapat sesuatu atau masuk UMNO kerana hendak dapat sesuatu,” katanya.
Dali tidak menafi ada cawangan UMNO yang berfungsi ketika musim pemilihan atau pilihan raya dan pemimpinnya yang tidak mengenali siapakah ahlinya yang sebenar.
“Tak guna kita mempunyai ahli cawangan yang ramai, kalau kita sendiri tidak tahu siapa sebenarnya ahli kita, perkara ini biasa berlaku apabila ada individu hanya bercita-cita untuk menjadi pemimpin sahaja, mereka ini akan buka cawangan dengan ambil orang luar.
“Sebenarnya, orang seperti ini ada agenda peribadi, mereka masuk UMNO untuk kepentingan sendiri, ada udang di sebalik batu, kita hendak cari pemimpin atau ahli yang betul-betul berjuang untuk parti, kerana UMNO adalah parti yang berjuang untuk orang Melayu,” katanya.
Menurutnya, selain pemimpin, jatuhnya bangun sesebuah institusi itu terletak dibahu ahlinya juga, tiada guna mempunyai pemimpin yang berkaliber jika ahlinya sendiri tidak memberi sokongan untuk mempertahankan parti mereka. MediaUMNO.

0 Comments:
---Leave your comment here..---