phone: +420 776 223 443
e-mail: support@londoncreative.co.uk
Info lanjut, klik di sini

Jan 29, 2011

ciri-ciri orang berjaya




Di bawah ini dah ada senarai 16 ciri-ciri orang yang


 berjaya. Ye, sebenarnya banyak lagi, dan tiap-tiap orang


 mesti ada salah satu sifat ini..



16 Sifat Orang Yang Berjaya

  1. Orang yang melihat masalah sebagai satu bentuk pembelajaran, bukan sebagai halangan   semata-mata.
  2. Fokus mencari penyelesaian, bukan menambah masalah yang sedia ada.
  3. Menggunakan daya inovasi untuk mencipta kejayaan.
  4. Orang yang berjaya berkeyakinan dalam mengatasi masalah yang ada.
  5. Mereka yang tidak mengeluh.
  6. Mereka yang tidak menyalahkan orang lain, dan sentiasa bertanggungjawap terhadap diri sendiri.
  7. Sentiasa mencari cara untuk mengembangkan potensi diri dan menggunakanya dengan lebih efektif.
  8. Mampu menyesuaikan diri dengan sifat dan pemikiran orang lain.
  9. Tahu apa yang ingin dicari.
10.  Inovatif dan tidak copy-paste hasil kerja orang bulat-


bulat.

11. Mereka yang menyegerakan apa yang penting


 berdasarkan priority

12.  Mempunyai pegangan bahawa pembelajaran tidak


 setakat di sekolah semata-mata.

13.  Mereka yang sanggup belajar dari orang lain.

14.  Mereka yang menghadapi masalah dan menyelesaikan


 tanpa melengah.

15.  Mereka yang bijak dalam menjaga emosi dan bersikap


 profesional

16.  Pandai berhujah berkenaan isu yang dibincangkan.

0 Comments:

---Leave your comment here..---

Jan 20, 2011

Saka 2

ciri - ciri orang yang memiliki saka

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:



1.   Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
2.   Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
3.   Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.
4.   Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
5.   Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar. 


Masa saka berpindah

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.
Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:
  • Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.
  • Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16
  • Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.
  • Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.
  • Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
  • Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.
  • Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
  • Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
  • Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
  • Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
  • Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
  • Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
  • Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.
Gejala pada waktu tidur:
  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
  • Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi berada di tempat sunyi.
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
    • impi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
    • Mimpi melihat salib atau gereja.
    • Mimpi bertemu paderi.
    • Merintih dan menangis ketika tidur.









  • Gejala pada waktu jaga:
    • Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
    • Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
    • Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.
    • Sering lesu dan malas.
    • Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
    • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
    • Lenguh di sendi-sndi utama.
    • Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
    • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
    • Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
    • Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
    • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
    • Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
    • Mudah marah dan panas baran.
    • Emosional dan terlalu sensitif.
    • Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.
    • Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.
    • tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.
    • Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
    • Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
    • Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan iblis dan jin.
    • Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
    • Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.
    • Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.
    Ada 2 kaedah rawatan yang kami jalankan:
    1. Rawatan untuk seluruh keluarga yang mempunyai saka.
    2. Rawatan secara individu yang diganggu saka.
    1. Rawatan Seluruh Ahli Keluarga Yang Ada Saka:
    • Ini adalah kaedah terbaik untuk menghapuskan saka keluarga terbabit.
    • Rawatan ini membabitkan semua ahli keluarga samada yang telah diganggu saka dan ahli keluarga yang belum diganggu saka terbabit. (Pembersihan dan pencegahan).
    • Ini memerlukan komitmen (kerjasama) dari seluruh ahli keluarga bermula dari datuk, nenek, anak-anak dan cucu-cicitnya (pernah kami buang saka bagi keluarga yang besar jumlahnya iaitu hampir 100 orang!
    • InsyaAllah rawatan ini dapat menghapuskan saka secara keseluruhannya
    2. Terapi Secara Individu Yang Diganggu Saka:
    • Rawatan ini khusus untuk individu yang diganggu saka.
    • Proses ini sebenarnya lebih sukar kerana saka biasanya bukan hanya ada pada seorang individu dalam keluarga tersebut.
    • Kaedah ini adalah bagi mereka yang sukar untuk mengumpulkan ahli keluarga untuk buang saka - ini adalah masalah biasa (ada kalangan keluarga yang enggan atau tidak percaya disebabkan tidak ada mengalami sebarang sakit).
    • Untuk rawatan individu, saka yang menggangu individu terbabit dihapuskan.
    • Amalan khusus untuk mengekalkan dan mengelak dari gangguan (saka yang berada di samping ahli keluarga yang lain masih ada, ianya berpotensi untuk datang mengganggu).

0 Comments:

---Leave your comment here..---

saka

Membicarakan tentang saka adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya, daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Yang dimaksudkan dengan ``ilmu yang dipusakai'' itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari.

Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris ada kalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri, seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.

Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi, seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional.

Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya, yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.

Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya.

Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.

Keadaan seperti ini dikenali sebagai ``menurun'' di mana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia.

Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat, dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab-musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan saka, yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakan mewarisi ilmu pemiliknya, yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu, dia telah mewarisi saka tadi.

Penurunan ilmu saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripada keris, lembing, ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.

Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, di mana di sebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia di mana barang-barang tadi menjadi barang peninggalan si mati (pewaris).



Objek-objek ini, terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu, seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharam setiap tahun ketika bulan penuh dan diperasapkan dengan kemenyan.

Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan Melayu tradisional, untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.

Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira sama ada pada asalnya pewaris itu reda atau tidak, lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syarat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ``tuan'' barunya yang boleh ``diperintah'' melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan ``pelanggan'' yang datang menemuinya.

Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu, tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.

Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya.

Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak-tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.



Ilmu yang diwarisi melalui saka ada dua jenis. Jenis pertama adalah seperti yang dijelaskan di atas, yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat, seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, ilmu seri muka, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya.

Selain mencari barang hilang, saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain, seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma di zaman nabi s.a.w.

Selain boleh ``digunakan'' untuk tujuan yang dijelaskan, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga ``tuan'' saka tadi, malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri, yang dianggap sebagai ``tuan'' tadi, akan menyerang tuannya, terutama ketika telah uzur, sakit atau ketika tua.

Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila ``tuannya'' meninggal dunia dan tidak ada di kalangan keluarga yang ``bersedia'' untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini.

Keadaan akan menjadi reda apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhluk ini.

Anggapan ini ada kebenarannya, tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru, ia tetap menjadi masalah kepada manusia, terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh, agar mereka dapat masuk ke neraka bersamanya.

Jenis kedua ialah saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun-temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh warisnya.



ada kebiasaannya, sakit yang berpunca daripada saka tidak kira sama ada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukkan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya, atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.

Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya, apabila sesuatu masalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.

Hakikatnya masalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar, kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan, seperti luka, patah, keracunan, stres, depres dan sebagainya, akibat gangguan ataupun sihir.

Punca kedua ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden juga, berpunca daripada dua faktor yang dijelaskan yang berlaku serentak kepada mangsa.

0 Comments:

---Leave your comment here..---

Jan 18, 2011

Janji aku...

Janji aku pada my mum & Dad...
aku nk bawak mereka pergi haji bila aku dah berjaya...
aku tak nak mereka susah...
aku tak nak mereka stress....
aku nak bagi kesenangan pada mereka...


aku harap Allah murahkan rezeki aku dan company aku...
agar aku ley bahagiakan org tua aku....
amin...
n insya Allah...

4 Comments:

---Leave your comment here..---

Jan 15, 2011

Percintaan A to Z aku.. part 2



Tamat persekolahan, aku menjalani hidup seperti insan-insan lain. Segala suka dan duka aku berkongsi sama dengan kakak dan adikku. Tarikh ini 3 september 2006, membuatkan aku trekenang kan seseorang. A! ya A...
urmmm alangkah bahagianya aku jika A hidup lagi... terdetik hatiku untuk mendengarkan Suria fm yang ketika ini masih baru di siaran. ahhh ada ruangan chat salam perkenalan. maka aku pun mendaftar menjadi ahli dan berkenalan dengan seseorang yang gelarkan sebagai abg H.. Abg H baik denganku. Aku selalu berborak dengannya walaupun kami tidak pernah berjumpa tetapi seakan ada keserasian bersama. Sekian lama kami berkawan, abg H mengambil keputusan untuk melamar aku. Memandangkan aku masih tak terfikir untuk ke arah itu, maka aku mengambil keputusan untuk melupakan abg H apatah lagi pernah suatu hari seorang wanita menghubungi aku mengatakan bahawa dirinya isteri abg H dan merayu agar aku tidak lagi berkawan dengan ag H kerana katanya abg H memang suka mempermainkan perasaan orang.. alaaahhh bukannya aku tangkap cintun pun dengan abg H... maka, aku ambil keputusan memutuskan persahabatan kami...
ahhhh...
keseorangan lagi...





** nanti lah aku sambung.. nk siapkn kerja kejap..

8 Comments:

---Leave your comment here..---

sebarang pertanyaan, emailkan kepada :  zealotzeal.biz@gmail.com

0 Comments:

---Leave your comment here..---

Jan 13, 2011

Zealot Zeal Beyond

Zealot Zeal Beyond



·      Consultant Management
Menyediakan kertas kerja projek, Kertas Kerja Memohon Pinjaman, Profil Syarikat

·      Trading
Membekalkan makanan & minuman, alatan tulis & pejabat, barangan makanan basah & kering, peralatan sukan.

·      Printing
Digital & Inkjet printing, T-shirt  & fabric printing, mounting & edging, banner & bunting, business card, majalah dan sebagainya.

·      Services
Marketing Consultant, pengurusan event/ majlis, khidmat perlancongan/ Umrah.


Perniagaan & Perkhidmtan yang ditawarkan:

˜  Consultant Management

Menyediakan  :
i.     Kertas kerja Projek
ii.    Kertas Kerja Memohon Pinjaman 
iii.   Profil Syarikat
iv.  Pengurusan Aliran Tunai (Cash Flow)


˜  Trading

Membekalkan :
i.       Makanan & minuman
ii.      Alatan tulis
iii.     Alatan pejabat
iv.    Barangan makanan basah & kering
v.     Peralatan sukan.
vi.    Baju beruniform /  Set pakaian sukan


˜  Printing

Menyediakan :
i.        Digital & Inkjet printing
ii.       T-shirt  & fabric printing
iii.      Mounting & edging
iv.      Banner & bunting, Poster
v.       Business card / Letter head digital printing
vi.      Book photocopy
vii.     Hard cover binding
viii.    Colour bill book print
ix.      Majalah


˜  Services

Memberikan :
i.     Marketing Consultant
ii.    Pengurusan event/ majlis
iii.   Khidmat perlancongan/ Umrah



Latar belakang syarikat

   Zealot Zeal Beyond merupakan salah satu perniagaan yang menawarkan perkhidmatan urusniaga consultant management yang membuat profil syarikat, dan pelbagai dokumen pejabat. Khidmat trading  yang membekalkan makanan dan minuman, alatan tulis dan pejabat, barangan basah dan kering, dan peralatan sukan. Selain itu, khidmat printing termasuklah digital dan inkjet printing, T-shirt dan fabric printing, mounting dan edging, banner, business card dan sebagainya. Khidmat services menawarkan khidmat marketing consultant, pengurusan event dan majlis, serta khidmat perlancongan dan Umrah.
    Berlandaskan visi syarikat yang mengutamakan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan  yang terbaik, cekap dan cemerlang, kami lebih mengutamakan kepuasan pelanggan dengan memberikan servis dalam masa yang singkat, selain menawarkan harga yang berpatutan dan kompetitif dijamin berkualiti dan bermutu tinggi. Seterusnya menjanjikan kepuasan hati pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami.



0 Comments:

---Leave your comment here..---

Jan 6, 2011

Contoh Kertas Kerja Perniagaan


0 Comments:

---Leave your comment here..---

Jan 3, 2011

Komitmen Ahli UMNO Selamatkan Rakyat Dari Pembohongan










 KUALA LUMPUR – “Ahli UMNO perlu komited dan menjadi tentera barisan hadapan membantu parti, kita jangan jadi ahli yang tidak beri sumbangan, tidak guna mendabik dada mengatakan kita ramai tetapi sebenarnya kita tidak menyumbang,” kata Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin.

Katanya lagi, setiap mereka yang menyertai UMNO perlu tahu tanggungjawab sebagai ahli dan memahami perjuangan parti serta membantu menangkis serangan pelbagai tohmahan yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap UMNO.


Beliau berkata, komitmen ahli yang berdaya juang tinggi menepis fitnah dan jarum beracun pembangkang akan menyelamatkan rakyat daripada kekeliruan, kebencian dan terjerumus kepada pembohongan pakatan pembangkang.

“Kita perlu bertindak seperti tentera, yang sentiasa mempunyai semangat juang untuk mempertahankan negara dari diserang, begitu juga dengan ahli UMNO perlu ada sifat juang mempertahankan parti walau ada apa keadaan sekalipun.

“Kita bakal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, ahli UMNO perlu bangun lawan parti pembangkang yang banyak tabur fitnah, kita tidak boleh membiarkan sahaja, ini boleh meracun pemikiran rakyat sehingga mereka benci kepada UMNO,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Tan Sri Rahim Tambi Chik yang mengatakan ahli UMNO adalah tentera politik dan perlu bersiap sedia melaksanakan tugas yang diarahkan pemimpin parti.


Mengulas kenyataan bahawa ahli UMNO perlu menjadi tentera sejati bukannya tentera upahan atau tentera sukarela, Dali berkata, ahli UMNO perlu menjadi barisan hadapan bukannya hanya menunggu arahan sahaja baru bertindak.


“Memang kita tahu, tentera upahan hanya buat kerja apabila ada imbuhan, tentera sukarela bekerja untuk membantu barisan hadapan, apakah kita mahu termasuk dalam dua kategori itu. Ahli UMNO seharusnya berada di barisan hadapan untuk melaksana apa yang dirancang oleh pemimpin tertinggi.


“Itu sebabnya ahli UMNO perlu ada sifat juang yang sentiasa berada di hati sejak dari mula mereka masuk UMNO, jangan jadi ahli yang bermusim, bekerja hanya untuk dapat sesuatu atau masuk UMNO kerana hendak dapat sesuatu,” katanya.


Dali tidak menafi ada cawangan UMNO yang berfungsi ketika musim pemilihan atau pilihan raya dan pemimpinnya yang tidak mengenali siapakah ahlinya yang sebenar.

“Tak guna kita mempunyai ahli cawangan yang ramai, kalau kita sendiri tidak tahu siapa sebenarnya ahli kita, perkara ini biasa berlaku apabila ada individu hanya bercita-cita untuk menjadi pemimpin sahaja, mereka ini akan buka cawangan dengan ambil orang luar.

“Sebenarnya, orang seperti ini ada agenda peribadi, mereka masuk UMNO untuk kepentingan sendiri, ada udang di sebalik batu, kita hendak cari pemimpin atau ahli yang betul-betul berjuang untuk parti, kerana UMNO adalah parti yang berjuang untuk orang Melayu,” katanya.


Menurutnya, selain pemimpin, jatuhnya bangun sesebuah institusi itu terletak dibahu ahlinya juga, tiada guna mempunyai pemimpin yang berkaliber jika ahlinya sendiri tidak memberi sokongan untuk mempertahankan parti mereka. MediaUMNO.

0 Comments:

---Leave your comment here..---

Tuduhan Pas “UMNO Raja Fitnah” Terpalit Ke Muka Sendiri






KUALA LUMPUR 1 Sept. – Sebuah blog hari ini mendedahkan bagaimana tuduhan Pas bahawa UMNO mencipta fitnah terhadap mereka dengan memainkan isu agama menerusi gambar memakan diri mereka sendiri.

Menurut blog berkenaan, http://ruangbicarafaisal.blogspot.com, taktik berkenaan sudah lapuk dan boleh difikir secara jelas pembohongan ciptaan mereka yang menjerat diri sendiri.

Berikut pendedahan daripada blog tersebut.

Masyaallah apa nak jadi dengan Pemangku Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan? dalam bulan Ramadhan begini pun dia sanggup buat fitnah.

Dia buat gambar superimpose Lim Guan Eng sedang sembelih lembu korban, kemudian dia siar di blognya dan kata cybertrooper UMNO yang lakukan.

Jika benar dilakukan oleh geng-geng UMNO sudah tentu dia akan letak link atau beritahu dari blog mana gambar itu datang. Tetapi sepatah haram pun dia tak beritahu darimana sumber gambar itu. Setakat letak nama Pas Beruk, aku pun boleh kata gambar itu dari Herman Beruk.

Satu lagi bukti yang menunjukkan dia buat sendiri gambar itu ialah apabila gambar asal disebelah kanan yang menunjukkan Nizar komunis laknaktullah sedang sembelih lembu dilabelkan atas nama dia sendiri.

Lihat sebelah kanan bawah, tertera label Herman Samsudeen. Ini menunjukkan gambar asal itu milik dia dan disimpan olehnya sendiri.

Sudahlah Herman, bertaubat dan insaflah. Kalau ya pun nak membodek agar dipilih sebagai calon di Parlimen Titiwangsa dalam pru akan datang, gunalah cara lain. Banyak lagi cara untuk ‘up’ nama, bukannnya dengan membuat fitnah membabi buta.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali ketika diminta mengulas isu berkenaan berkata pembohongan daripada pemimpin pembangkang dalam kes seumpama itu bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

Ini kerana katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu ketika difitnah dengan lakaran gambar superimpose bersama wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Sharibuu di meja makan.

“Kalau Datuk Seri Najib sendiri boleh difitnah sedemikian rupa, kita tidak terkejutlah dengan apa yang berlaku hari ini berhubung pendedahan blogger di atas. Inilah kerja-kerja jahat pembangkang.

“Kita ingatkan dalam bulan yang penuh berkat ini, mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan, namun lagi hebat fitnahnya. Masyaallah…Semoga Allah membuka pintu hati golongan berkenaan untuk kembali kepada hakikat yang sebenar,” katanya.

0 Comments:

---Leave your comment here..---

PENAJA BLOG

Info lanjut klik di sini