phone: +420 776 223 443
e-mail: support@londoncreative.co.uk
Info lanjut, klik di sini

Aug 1, 2011

Lelaki & Kehidupan Impian

Ada seorang insan selalu berkata pada Aku.. "Sue senaraikan ciri-ciri lelaki yang Sue nak sebagai suami..dan banyak kan berdoa agar dapat jodoh seperti yang Sue impikan.."


Kalau tanya ciri -ciri kehidupan impian Aku, banyak yang Aku boleh senaraikan. So, terdetik kat hati Aku nak menyenaraikan ciri-ciri lelaki idaman dan kehidupan impian yang Aku impikan.






Ciri-ciri lelaki idaman:


  1. Lelaki yang berperwatakan seorang pemimpin (yang orang lain boleh mendengar bicaranya)
  2. Lelaki yang berpendirian yang boleh membimbing Aku ke jalan yg benar (Yg mengajak Aku untuk bersolat, bukan Aku yang mengajaknya)
  3. Lelaki yang penyayang, yang sentiasa mengambil berat tentang Aku walau di mana pun dia berada
  4. Lelaki yang mendahulukan orang lain sebelum dirinya
  5. Lelaki yang sanggup mati kerana cintanya
  6. Dan, Aku tak kisah yang lainnya... Asalkan dia ada kerja, Dia tahu cari makan untuk keluarganya.. itu dah mencukupi...
  7. SERTA, lelaki yang sentiasa JUJUR, SETIA dan IKHLAS dengan apa yang dia lakukan...!! **ini yang paling penting...     "UNLESS u hurt me, then i HURT u back..!!"




Ciri-ciri kehidupan impian:


  1. Aku nak berjaya dengan apa yang Aku usahakan
  2. Aku nak beli banglo besar dan hadiahkan untuk my Mum & Dad
  3. Aku nak my Mum & Dad berhenti kerja dan duduk rumah je menikmati titik peluh Aku
  4. Aku nak beli Lamborghini
  5. Aku nak keluarga Aku bahagia..Ada anak yang comel dan pintar ;)




urrrmmmm pe lagi erk? tadi Aku mandi macam-macam kat dalam fikiran, sekarang dah blur pulak.. tak pe lah nanti dapat idea Aku sambung lagi..setakat ni je lah dulu...


Chan Chin Chow







0 Comments:

---Leave your comment here..---

nikmat beristeri empat

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.


Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, ?Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.?

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?? Isteri keempatnya terdiam. ?Tentu saja tidak!? jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, ?Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku??. Isteri ketiganya menjawab, ?Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati?. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, ?Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?? Si isteri kedua menjawab perlahan, ?Maafkan aku?aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.?

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, ?Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.? Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, ?Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.?

MORAL OF THE STORY…

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita
sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

0 Comments:

---Leave your comment here..---

ingatan buat pengantin - gembira atau berduka


Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.


 Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan… maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.

Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah


dibanggakan pula kenangan itu dengan meng’upload’ kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.


Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang


difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.


Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.



 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama… kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.


Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia


lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.


Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang ‘gharib/asing’ walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.


Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih.


Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu… yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya. ..

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.


Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan


seperti , “Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin…Macamana pula gayanya!” sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia ” Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!” dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira…. kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

0 Comments:

---Leave your comment here..---

kanser servik 2



KANSER SERVIKS; LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA


Dr Harmy Mohd Yusof, Presiden PAPISMA 07/08




Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita.


Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada tahun 2002 sahaja , terdapat sebanyak lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100 000 penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes bagi setiap 100 000 penduduk.
Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV) khususnya jenis 16 dan 18. Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain. Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia


boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.
Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut? Menurut kajian yang dijalankan, jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka.


Walau bagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser.


Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal. Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan diperingkat awal lagi.


Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Namun begitu seperti juga wanita, lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut di kalangan lelaki. Secara khususnya virus HPV jenis 16 dan 18 tidak menyebabkan masalah kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti pasangannya.


Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat virus ini. Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang selamat, setia dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan. Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini.
Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan. Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70 peratus sahaja terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang masih belum dijangkiti virus tersebut.




Oleh itu penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat `kanser serviks.


Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai, umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya.


Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukanya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.


Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat meyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser ini.

0 Comments:

---Leave your comment here..---

RAMADHAN AL_MUBARAK

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


Selamat menunaikan ibadah berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia.. harap2 puasa kali ini lebih di berkati daripada tahun2 yang lalu... Seperti biasa bila puasa yang pertama mesti lah agak keberatan sikit kan sebab perut kita mungkin mengejut kena puasa tiba2...


tapi tak pe..sebab lama2 akan terbiasa. sekejap je masa berlalu, rupanya kita dah berpuasa. tak tahu lah puasa ni yang kemungkinan terakhir ke, atau kedua terakhir ke..sebab kita sendiri tak tahu bila masa kita akan pergi. mungkin ini lah bulan ramadhan terakhir yang kita kecapi. Ajal dan maut semua di tangan Tuhan.




Jadi seelok2nya kita hargai masa2 yang kita ada sebaiknya dengan memenuhi bulan yang mulia ini dengan segala ibadah yang kita dapat taunaikan untuk dijadikan bekalan. Bagi aku,puasa kali ni agak menarik lah sebab aku berpuasa dengan keluarga. sebelum ni aku asyik berpuasa dekat ipoh dengan kawan,almaklumlah aku belajar. sekarang dah habis belajar, so stay dgn family dan kerja.


Lastly, aku doakan ramadhan kali ni penuh keerkatan dan penuh rezeki yang melimpah ruah..amin



0 Comments:

---Leave your comment here..---

Jul 14, 2011

Jatuh cinta lagi...


Cinta sinonim dengan yang SATU. Sukar untuk kita gambarkan jika cinta itu dapat diberi dengan sesiapa sahaja, begitu sahaja.
Ada yang berkata, “Mana mungkin aku boleh jatuh cinta dengan orang lain, aku hanya cintakan dia seorang”.
Ironinya, dalam masa yang sama, hati ini boleh juga jatuh hati kepada insan lain. Kenapa begini?
Mana perginya janji-janji manis ala-ala filem hindustan untuk tidak jatuh cinta pada yang lain?
Di sini saya hendak mengupas satu pendedahan yang ramai dari kalangan kita perlekehkan.
Bagaimana seseorang itu boleh jatuh cinta – walau sejauh mana pun dia mengatakan TIDAK sebelum ini.
Bila kita bercakap mengenai CINTA, kita membayangkan cinta adalah sesuatu anugerah berupa benda dan perasaan. Kita tidak tahu dari mana datangnya perasaan ini. Chemistry, jodoh, takdir – sebutlah apa nama sekalipun untuk menggambarkan perasaan cinta.
Akibat penerimaan mudah inilah, seseorang yang tidak kuat niatnya pada yang satu, pasti akan tergelincir…terjerumus ke dalam perangkap dan mainan cinta dunia.
Cinta sebenarnya adalah satu PROSES. Tanpa kita sedari, minda kita sendiri yang membuat kita jatuh cinta kepada seseorang.
Cuba ingat kembali saat terakhir anda jatuh cinta….
Sebelum itu, sedarilah anda jatuh cinta BUKAN ketika anda bersama si dia, tetapi pada saat si dia tidak berada di hadapan anda (belakang tabir).  Sebab itulah kesan jatuh cinta amat berkuasa kerana DIRI ANDA SENDIRI MELAKUKANNYA.
Begini berlakunya jatuh cinta : Anda keluar sekali dengan si dia. Dan selepas anda balik rumah, anda baring di atas katil sambil membuat gambaran si dia di dalam minda. Sedang anda melihat dia di dalam minda anda, anda mula menyenaraikan kualiti si dia yang anda suka…
“dia sungguh romantik”, “wangi sungguh dia”, “dia sungguh itu…”, “dia sungguh itu…”
Mungkin selepas itu anda membayangkan betapa indahnya anda dan dia bergembira dalam pelbagai situasi. Kemudian anda dapat merasakan satu sensasi panas suam di sekitar bawah pusat anda dan anda menyebut namanya berulangkali pada diri sendiri.
Ataupun, anda sentiasa menyebut namanya di dalam perbualan harian anda!
Bunyi seperti pernah terjadi kepada diri anda bukan? Kalau anda ingat kembali proses ini, pasti anda tidak senang duduk dan ingin berada dekat dengan si dia. Anda tidak mampu mengawal perasaan diri anda, dan rasa ditarik seperti magnet. Minda anda dipenuhi gambaran, bunyi dan perasaan indah.
LihatCINTA adalah proses yang dilakukan kepada diri sendiri.
Jatuh cinta bukanlah magis atau disebabkan perbuatan orang lain. Anda tidak jatuh cinta seperti anda jatuh lubang. Cinta adalah proses yang anda lakukan kepada diri sendiri tanpa anda sedari.
Point saya adalah: Ingatlah cinta bukan hanya berdasarkan perasaan sahaja. Cinta adalah gabungan perasaan, komitmen dan tanggungjawab.
Janganlah memberi alasan anda jatuh cinta pada orang ketiga kerana hati anda dicuri atau di luar kawalan anda.. Itu perbuatan seorang yang tamak dan hina kerana tidak dapat mempertahankan hubungannya (jika hubungan itu ok dan tiada cacat cela).

Created by : Suhaila Saad Open this! http://toneexcel.biz/index.php?id=36375 ** Copy boleh, tapi jangan lupa CREDIT TO : ...LiDaH EmAs...!!!

0 Comments:

---Leave your comment here..---

Apr 4, 2011

8 Sebab kenapa wanita tak kahwin2

8 Sebab kenapa wanita tak kahwin2 





1. Belum sampai jodoh

- “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti you all dah biasa sgt dengar ayat nie kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua. Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:- ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’.

2. Terlalu memilih

- Dulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pulak dengan wanita zaman moden nie. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yg ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)

Is this the Super Hero you've been looking for...?

3. Takut dapat suami yang tak baik

- Nie mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tue memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg nie pun kalu baca paper, tiap2 hari ada jer kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ader….hishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam mamat di bawah nie…

Gerun nyer muka....!

4. Pernah putus cinta

- bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan nie la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka nie rela membujang sampai ke tua…

5. Tak mau dikongkong

- Kebanyakan wanita sekarang nie suka bebas dan tak suka dikongkong. Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak kijer sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dsb. lagi lah.

Baby tengah nangis tue....huhu..:-)




6. Pentingkan kerjaya/karier

- Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden nie sudah bleh ‘mengalahkan’ lelaki dalam melakukan apa2 kijer. Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak tunggu kiter. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah… So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah yer….

Wanita berkarier..

7. Pilihan hati mendapat bantahan keluarga

- Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik toksah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camnie memang ada berlaku.

8. Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki

- Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la nie. Nak tau sikap aper? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa nie dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kawin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’. So, baik toksah kawin langsung…


0 Comments:

---Leave your comment here..---

Mar 8, 2011

Menyesal..

0 Comments:

---Leave your comment here..---

Mar 4, 2011

PERJALANAN ABADI


 1) Alam Kubur

Awal persinggahan menuju akhirat. Ia merupakan lubang neraka bagi kafir
dan orang munafik, namun merupakan taman bagi orang mukmin. Ada siksa di
dalam kubur atas beberapa maksiat seperti tidak membersihkan diri dari
air kencing, mengadu domba, berkhianat dalam hal rampasan perang, tidur
melalaikan solat, tidak membaca Quran, berzina, homoseksual, riba, tidak
membayar hutang dan sebagainya. Yang dapat menyelamatkan diri dari
siksaan kubur adalah amal saleh yang ikhlas kerana Allah, membaca surah
Al-Mulk dan sebagainya. Yang dilindungi dari siksa kubur adalah orang
yang  mati syahid, orang yang mejaga perbatasan dari musuh, orang yang
meninggal pada hari jumaat, orang yang menderita kerana sakit perut dan
sebagainya.


2) TIUPAN SANGKAKALA

Ialah sangkakala besar yang dikulum oleh Israfil menunggu kapan
diperintahkan untuk meniupnya iaitu tiupan faza (kematian) berdasarkan
firman Allah "Dan ingatlah hari ketika sangkakala, maka terkejutlah
segala yang d langit dan di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah"
surah An-Naml 87, maka hancurlah alam semesta. Kemudian setelah 40 masa
ditiupkan dengan tiupan ba'ts (kebangkitan) berdasarkan firman Allah
"Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka
berdiri menunggu keputusan masing-masing" surah Az-Zumar 68.


3) HARI KEBANGKITAN

Kemudian Allah menurunkan hujan, maka tumbuhlan jasad-jasad (dari
sebiji tulang pangkal ekor) yang mejadikan ciptaan baru yang tidak mati.
Mereka dibangkitkan dalam keaddan tidak beralas kaki dan tidak
berpakaian. Mereka dapat melihat para malaikat dan jin, dibangkitkan
sesuai dengan amal perbuatan mereka.


4) PADANG MAHSYAR

Allah mengumpulkan semua mahluk untuk dihisab, Mereka semua berada dalam
kondisi ketakutan seperti orang mabuk, pada hari yang agung masanya
setara dengan 50 ribu tahun, seakan-akan dunia mereka hanyalah sesaat
saja. Matahari menjadi dekat dan manusia tenggelam dalam keringat mereka
sesuai dengan amal perbuatan mereka. Pada hari itu terjadi perseteruan
antara orang-orang yang lemah dan para pembesar mereka (ketika di
dunia). Orang kafir berseteru sesamanya, dengan syaitannya dan anak
buahnya dan mereka saling melaknat. Orang yang zalim akan menggigit
kedua tangannya. Neraka jahanam pun didatangkan, ditarik dengan 70 ribu
tali kekang, setiap tali dikekang ditarik oleh tujuh 70 ribu malaikat.
Jika orang kafir melihatnya, ia berharap menjadikan dirinya sebagai
tebusan atau menjadi debu. Adapun para pelaku maksiat, orang yang tidak
membayar zakat, hartanya dijadikan lempengan api lalu diseterika
dengannya. Sedang orang-orang yang sombong dan angkuh, mereka
dikumpulkan bagai semut. Para pelanggar janji, pengkhianat dan perampas
harta orang lain akan diungkap kejahatannya dan pencuri akan datang
membawa barang curiannya. Segala yang tersembunyi akan dinampakkan.
Adapun orang yang bertakwa, hal itu tidak menjadikan mereka takut,
bahkan hal iti berlalu bagaikan solat zuhur.


5. SYAFAAT

Syafaat uzhma (agung), khusus bagi Nabi kita SAW untuk semua umat
manusia pada hari mahsyar agar dibebaskan dari malapetaka yang hebat dan
segera dihisab. Adapun syafaat  ammah (umum) adalah bagi Nabi kita SAW
dan selain beliau, seperti mengeluarkan orang-orang yang beriman dari
neraka dan mengangkat darjat mereka.


6. HISAB (PERHITUNGAN)

Manusia dihadapkan kepada Rabb mereka dengan bersaf-saf (barisan).
Kemudian diperlihatkan segala amal perbuatan mereka dan mereka diminta
pertanggungjawabkan. Begitu juga tentang umur, masa muda, harta benda,
ilmu, janji, kenikmatan, pendengaran, penglihatan dan hati. Orang kafir
dan munafik akan dihisab di hadapan seluruh mahluk, untuk mempermalukan
mereka dan menengakkan hujah atas mereka, dan agar manusia, bumi, malam
dan siang, harta benda, malaikat dan seluruh anggota badan akan menjadi
saksi atas diri mereka, sehingga terbuktilah dosa-dosa mereka dan mereka
mengakuinya. Sedangkan orang mukmin, Allah akanmenghisabnya secara
berduaan dengannya, maka Allah akan memberitahu kepadanya segala
dosannya dan ia pun akan mengakuinya, sehingga ketika ia melihat dirinya
pasti akan binasa, Allah berfirman kepadanya "Aku telah menutupi
dosa-dosamu itu di dunia, dan Aku mengampuninya bagimua pada hari ini".
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Muhammad dan amalan yang
pertama kali dihisab adalah solat.



0 Comments:

---Leave your comment here..---

Mar 1, 2011

mengapakah anak menderhaka?


PUNCA ANAK DERHAKA-Tazkirah


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ 
Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. “Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.

“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.



BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

“Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi

menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang

untuk bersama kita.”

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak

dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu

tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan

ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun

sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya

tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada

yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira

kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”





USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf

mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

“Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.

Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara. Adalah mudah iaitu:- percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri. Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yangbaik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).



5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga. (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai

orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.

Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.

Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

0 Comments:

---Leave your comment here..---

PENAJA BLOG

Info lanjut klik di sini