Ahhh hari ni betol2 la wat aku panas je.. semua benda yang aku buat semua serba tak kena..kepala hotak ni nak marah je arsa..mana lah aku ni tak cepat tua..
nak di pendekkan cerita, aku bengang dengan seorang mamat ni..apasal la aku terpaksa menghadapi dia setiap hari. kadang2 aku rasa menyesal pulak terlibat bisnes ni dengan dia. Tapi entah lah.
Mungkin Allah sedang menguji aku. Pada aku, dia tu seorang yang busuk hati. Apa yang dia di tegur kalau boleh dia nak aku pun sama kena tegur. elarhhh... aku tak heran lah weyh.. orang tegur memang sebab kita salah. Tapi tak payah lah kau pun nak ambil kesempatan nak tunjuk salah aku pada orang.
kalau silap dan salah kau orang sendiri nampak dan perasan, dah memang betul lah kau salah. Kau tak payah lah nak menampakkan salah dan silap aku pada orang.. aku tak kisah lah beb kalau orang tegur aku, tp biar dia nampak sendiri aku salah. Bukan dari mulut BUSUK kau dan hati busuk kau tuh..!!!
Ishh.. entah lah..kadang2 aku pikir aku nak tinggal ni semua dan cari benda lain agar aku jauh dari dia.. tp entah lah.. kadang2 aku give up.. tapi Abg Z lah yang banyak bagi semangat dan nasihat aku. Bila aku give up, aku teringat kata2 dia.. " Bukan senang nak jadi senang.."
Sedikit sebanyak kata2 dia mengubati kemarahan aku.. teringat hari tu gaduh kat kedai mamak.. ya Allah, berbincang memang lah berbincang. mamat tu kata konon nya nak tegur kesilapan aku. tapi cara dia bukan tegur, malah tekan menekan aku..Walaupun mulut aku diam, dada aku berombak Allah je lah yang tahu.. Siap aku warning dia "Kalau abg emosi, sue pun tengah emosi..lebih baik abg diam sebab sue pun diam je..Dah tolong jangan cakap apa2 lagi..". nasib baik lah abg.z ada kat situ..kalau tak, memang dah terbalik meja tuh.. teringat lak aku gaduh dengan Bf aku dulu sampai terbalik meja tak kisah lah orang tengok ke tak tengok, memang aku dah tahu malu kalau dah marah..terjerit2 aku kat situ... jangan sampai benda berulang 2 kali..kang malu dia aku buat nanti..

ishhh..memang time tuh aku dah nekad kalau di bersuara 'lunak' dan 'merdu' dia lagi tu memang aku dah tunjuk belang aku.. aku tak marah beb kalau dia niat nak tegur.. tapi cara dia buat aku meluat.. macam nak tunjuk ajar pulak sedangkan diri pun tak betul..bukan aku nak burukkan dia, tapi memang aku hilang sabar dah ni dengan dia..lantak ah dia nak baca ke apa..kalau baca pun bagus jugak..biar dia tahu..selama ni aku cakap baik2 tegur dia, haaa kau buat aku macam tu memang tak ada maaf lah untuk kau..!!!
Memang betul2 dah benci sangat2 dah nie... fikir kan masa depan masing2 je.. nak kata dalam diri aku ada setan, haaa ni setan dah keluar.. baru kau puas hati tengok setan dalam badan aku nie... nak uji sangat kan..comel kan tengok aku marahh.. haaaa kalau terbalik meja kedai mamak hari tu, bukan comel je, kau mesti dah tangkap cintan dah dengan aku.. dah lah kau buang je lah ego kau tu jauh2..buang masa aku melayan orang macam kau..kali ni kalau aku dah hilang sabar lagi memang hye2 bye2 lah kau..kau layan ego kau sampai mati okay??
dah lah blah la..
Janji aku pada my mum & Dad...
aku nk bawak mereka pergi haji bila aku dah berjaya...
aku tak nak mereka susah...
aku tak nak mereka stress....
aku nak bagi kesenangan pada mereka...
aku harap Allah murahkan rezeki aku dan company aku...
agar aku ley bahagiakan org tua aku....
amin...
n insya Allah...
Tamat persekolahan, aku menjalani hidup seperti insan-insan lain. Segala suka dan duka aku berkongsi sama dengan kakak dan adikku. Tarikh ini 3 september 2006, membuatkan aku trekenang kan seseorang. A! ya A...
urmmm alangkah bahagianya aku jika A hidup lagi... terdetik hatiku untuk mendengarkan Suria fm yang ketika ini masih baru di siaran. ahhh ada ruangan chat salam perkenalan. maka aku pun mendaftar menjadi ahli dan berkenalan dengan seseorang yang gelarkan sebagai abg H.. Abg H baik denganku. Aku selalu berborak dengannya walaupun kami tidak pernah berjumpa tetapi seakan ada keserasian bersama. Sekian lama kami berkawan, abg H mengambil keputusan untuk melamar aku. Memandangkan aku masih tak terfikir untuk ke arah itu, maka aku mengambil keputusan untuk melupakan abg H apatah lagi pernah suatu hari seorang wanita menghubungi aku mengatakan bahawa dirinya isteri abg H dan merayu agar aku tidak lagi berkawan dengan ag H kerana katanya abg H memang suka mempermainkan perasaan orang.. alaaahhh bukannya aku tangkap cintun pun dengan abg H... maka, aku ambil keputusan memutuskan persahabatan kami...
ahhhh...
keseorangan lagi...
** nanti lah aku sambung.. nk siapkn kerja kejap..
Saat pertama aku mengenal cinta pada umur 15 tahun sewaktu aku berada di tingkatan 3 di sebuah sekolah di Ampang. Aku mengenali seorang lelaki yang terlalu baik dan penyayang. Lelaki itu yang aku gelarkan sebagai A di sini mengajarku erti kehidupan yang sememangnya penuh bermakna. walaupun aku masih bersekolah, A yang telah berumur 19 tahun ketika itu, banyak memberi aku semangat untuk bangkit dan belajar bersungguh-sungguh.
Perkenalan kami direstui keluarga A yang membuatkan aku kagum dengan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh keluarga itu. Ini kerana, keluarganya yang begitu berada dan ternama, sanggup menerima aku yang sederhana sebagai sebahagian dari ahli keluarga mereka. Tan Sri Ruzman Shah memang seorang pemimpin yang telah berjaya mencorakkan hala tuju bahteranya sehinggakan tidak mengira keturunan dan darjat manusia sebagai ukuran untuk mencapai sesuatu kebahagiaan. Hubungan kami berterusan dengan bahagia. A terlalu baik malah amat penyayang. Dia mencorakkan hidupku dengan penuh erti kehidupan. Saat bersamanya membuatkan aku merasa dunia ini milikku selamanya...
Tanggal 3 september merupakan tarikh yang bermakna bagiku kerana hari kelahiran lelaki yang aku cinta. Tanggal 3 sepember itu juga A telah membuat satu keputusan yang begitu mengejutkan aku. A telah melamar untuk menjadikan aku permaisuri hidupnya setelah aku tamatkan pengajian ku. Lamaran itu disambut dengan senyuman apatah lagi keluarganya merestui hubungan kami. A berjanji akan membahagiakan aku sehingga perginya dia menutup mata buat selamanya. Janjinya aku jadikan panduan untuk aku terus semangat mencapai kecemerlangan apatah lagi dia banyak membantu dan mendorongku dalam pelajaran.
Namun, ku sangkakan panas sampai ke petang, tetapi hujan singgah di tengahari. Tanggal 4 september sehari selepas hari bahagianya itu, ahli keluarga A menghubungiku. Aku mendambakan satu berita gembira lagi bermakna dengan panggilan itu. Namun, tidak ku sangka ianya satu berita yang benar-benar membuatkan aku terpana akan keindahan mimpi ngeri. A telah kembali ke rahmatullah setelah terbabit dengan kemalangan ngeri yang melibatkan motor yang dipandu sahabatnya dilanggar sebuah trailer minyak. Lebih menyayatkan hati, mengetahui lelaki yang aku cintai mati digilis trailer tersebut.
Patutlah sebelum bertolak untuk menemani rakannya dia memberitahu aku yang dia berasa berat hati untuk membonceng motor sahabatnya itu. dipelawa untuk menaiki keretanya, sahabatnya menolak kerana takut tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Demi menjaga hati, A tabahkan juga menemani sahabatnya itu. Mungkin itu petunjuk Yang Maha Esa, Dia lebih menyayanginya. Apalah kudratku untuk menghalang, A milik-Nya. Perginya A, membuatkan musnah lah kehidupanku.
Saat mengunjungi rumahnya yang tersenggam indah itu, ibaratkan berada di padang pasir yang terbentang kaku. Hanya tangis dan esakan kedengaran. Ku jejak perlahan, Mamanya datang memelukku.
" Sue.. Along dah tak ada. Mama sedih sangat.. Sue tabahlah ya..."
Sayu kedengaran pujuk rayu seorang bonda yang begitu menyayangi putera sulungnya. Ibarat goyahnya bahtera kebahagiaan apabila kehilangan satu tunjang lambang bakal nahkoda bahtera itu sekian lama. Sugul melihatkan keadaan seorang ibu yang kehilangan anak yang terlalu disayanginya. Bertuah ku rasakan, A amat disayangi orang disekelilingnya. tidak hairan lah kerana itulah balasan kebaikan dirinya selama dia bernafas di alam fana ini.
Ibarat kehilangan sebuah kehidupan dan tiada tempat untuk memaut lagi mendengarkan berita itu membuatkan aku mati bersama buat selama-lamanya. Masih lagi terkejut dan dibelenggu rasa tidak dapat menerima kehilangannya, berbulan-bulan aku sengsara memulihkan diri.
Bulan ramadhan datang berkunjung. seperti kebiasaan aku akan ke surau bersama akak dan adikku untuk menjalani ibadah terawih. hari silih berganti hari sehinggalah suatu malam aku pulang ke rumah dan mendapati sekeping kertas berada di dalam beg telekungku. ahhh salam perkenalan dari seseorang. Aku gelarkan dirinya di sini sebagai C. C duduk tidak jauh dari rumahku. Namun persahabatan kami hanya di atas corak-corak kertas. segala cerita kami kongsi dan coretkan bersama di helaian-helaian kertas sehingga menjadi surat, maka adik-adik kami akan menjadi posmen untuk kami. ahhh... C membahagiakan. telatahnya mengajar aku mengenali gelak ketawa yang sekian lama mati di telan kenangan. Namun, suatu ketika C meluahkan rasa dan perasaannya padaku di bait-bait pertengahan suratnya. aku tersenyum bahagia. namun bila mata meniti baris bait-bait coretannya di penghujung surat, C mengatakan bahawa dia bertemu dengan gadis yang dia idamkan sejak sekolah rendah, dan D yang menyukai aku ketika aku mengenali C menjadi dalang yang mengatur pertemuan mereka. aku sedih. rasa kecewa kembali terpahat di jiwa. teringatkan A.. Ahhhh... D hanya mengaturkan demi kepentingan dirinya. tidak mungkin aku akan menerima D. Mak C tidak menyenangi hubungan persahabatan Aku dan C akhirmya menukarkan persekolahan C ke asrama penuh..
Sungguh aku tidak akan lupa saat suka dan duka bersamamu C.. kau mengajar aku erti ketawa dan bersuka ria. aku akan kenang dirimu. D terus mengambil kesempatan untuk kembali rapat denganku. Namun disebabkan rasa saki hati, aku nekad menjauhkan diri daripada D. C terus hilang jauh dariku tanpa lagi mengirim surat dan khabar berita. rasa rindu memahat di jiwa semakin mengiris luka dan terhakis rasa cinta. hidup diteruskan sehinggalah aku mengenali E di suatu petang ketika aku hendak ke kedai.
Perkenalan dengan E bermula ketika aku berlanggar dengan seorang lelaki. E rupanya jiranku yang sebaya dengan aku. Tapi E sekolah bersebelahan sekolah ku memandangkan sekolah aku hanya sekolah untuk perempuan sahaja. SMK puteri Titiwangsa,Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan SMK Seri Titiwangsa sekolah lelaki. hahaha... kami memasang impian yang sama untuk berjaya bersama. E sering ke sekolah bersama ku sehinggakan teman-temannya menyakat kami berpasangan. namun aku hanya anggap E sebagai kawan baik yang sering berkongsi masalah masing-masing. suka dan duka di rasai bersama. nenek E sangat baik. selalu aku berkunjung ke rumah neneknya. E anak yatim piatu, jadi dia di jaga oleh neneknya yang baik hati. nenek selalu menceritakan tentang keluaraga E. Kata nenek, E ni anak orang kaya. Ayah nya ada meninggalkan beribu-ribu harta untuk nya bila die mancecah 21 tahun. aku hanya tumpang bahagia. sekurang-kurangnya masa depan E akan terjaga di kemudian hari nanti. aku mendoakan rezeki sentiasa ada untuk E dan neneknya.
Suatu petang berkunjung ke rumah neneknya, nenek mula bercerita tentang masa depan E. sehinggalah nenek memberitahu impiannya itu. nenek mahukan aku menjadi isteri E!! ahhh... Ya Allah besar betul impian nenek. apatah lagi nenek mengharapkan kami bersama sebelum nenek menutup mata. Aku hanya memandang sayu pada E. manakan boleh aku menjalani hidup yang masih muda tanpa mengejar kebahagiaan yang aku idam-idamkan. Aku berbincang bersama E.. Ku nyatakan hal sebenar yang aku hanya menganggap E sebagai kawan baik yang sering berkongsi suka dan duka. E kelihatan kecewa malah terus mengharap. aku di belenggu rasa kecewa. Bukan ini yang aku mahukan E.. Aku mahukan kita berjaya bersama-sama. jangan kerana cinta ini merosakkan apa yang kita idamkan bersama. aku sayangkan kamu dan nenekmu sama seperti keluargaku. E terus mengharap dan mendesak maka aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari E.. Tiap pagi ke sekolah aku terus pergi tanpa menunggu E. balik sekolah E tetap menungguku dan aku terus berlari darinya. maafkan aku E... Aku tahu kau akan kecewa dengan tindakan ku ini. aku tahu kau terluka. maafkan aku, aku lakukan semua ini kerana kasih dan sayang padamu hanya sebagai kawan. tidak lebih E. maafkan aku.. E berlalu kecewa. hanya melihat aku dari jauh tiap kali aku melangkah pergi darinya. Hilang lah tempat mengadu buatku setelah cinta itu memusnahkan segalanya.
Hidup diteruskan walau pelbagai rintangan yang mendatang. Sehinggalah aku mengenali F. Seorang lelaki yang mengasaskan Yayasan anak yatim. Perkenalan dengan F membuatkan aku mendambakan cinta yang sama dari F. Namun harapan hanya tinggal harapan, F hanya mempermainkan perasaan. Hidup terasa bagaikan terbuang kerana cinta mainan. F memberikan pelbagai alasan untuk menutup keburukkan.
Terasa begitu terhina mendambakan cinta dari F yang hanya memainkan perasaan. Aku ibaratkan terhina sekian rupa apatah lagi hubungan aku dan F dihalang oleh warga Yayasan Anak Yatim tersebut. Mak Pah yang mendambakan F sebagai teman hidup Kak Dayah menghubungiku dan meminta agar aku menjauhkan diri dari F. Kak Dayah menyebarkan pelbagai kata fitnah sehingga memburukkan reputasiku sebagai Pemimpin Pasukan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) yang selama ini dikagumi, akhirnya runtuh punah nama baikku apabila guru-guru mula menyakatku. bakaikan terpanah hali lintar aku membawa langkah untuk menyembunyi seketika. lebih memedihkan rakan karibku juga yang ibaratkan talam dua muka, rupanya menikamku dari belakang. Dia bersekongkol menghubungi F sehinggalah F mengambil keputusan untuk tidak menghubungiku lagi.
Berbulan-bulan aku menanti F untuk menghubungiku menutup sedikit rasa rindu yang terpahat di hati sekian lama F menghilangkan diri. Aku ibaratkan bodoh dan lurus yang menanti dan terus menanti. Ujian demi ujian datang bertandang, di tambah pula sahabatku yang tiba-tiba menghubungiku mengatakan kekesalannya mengenaliku kerana kata nista yang di sebarkan rakan lain yang sakit hati melihatkan keakraban kami. Puas aku memujuknya dia hanya sambil lewa. Aku kecewa mengubati luka dan mengambil keputusan untuk tidak hadir ke sekolah. berminggu-minggu aku menghilangkan diri mengubati luka yang menyengat jiwa sedangkan peperiksaan Sijil Pengajian Malaysia (SPM) bakal tiba..
Teringatkan A. Alangkah indahnya jika A masih ada. Pasti aku tidak akan merasai kekecewaan sebegini.
" Lan Sayangkan Sue..Lan tak akan tinggalkan Sue.. Bila tiba masanya, Sue lah permaisuri Lan.."
Ya Allah, mengapa lah kau mengujiku sedemikian rupa. tidak tega aku berdepan semua ini tanpanya. Ya Allah, mengapa semua ini terjadi pada diriku. Urmmmm.. kecewanya aku saat itu. Kekecewaan dengan B dan F mendorong aku untuk ke satu tempat. ya... Taman Tasik Titiwangsa.... tempat aku dan A selalu menghabiskan masa. Dan di situ jugalah A melamarku. Aku meluahkan kekecewaan dengan melepaskan segalanya yang terpendam di jiwa. Aku menjerit sekuat hati berdoa biarlah segala kesedihan dan kekecewaan berlalu pergi. Jangan lah engkau datang bertandang dalam diriku lagi. jangan sesekali.
Puas aku menangis mengenang dan meratapi segala yang di hadapi, datang seorang lelaki menyapa.
"assalamualaikum... Saya (Aku gelarkan dirinya sebagai G ).. saya tengok awak ada msalah. ini nombor saya, kalau awak ada apa-apa awak boleh telefon saya.."
Ku capai sehelai kertas, kertas alas keemasan yang digunakan dalam kotak rokok yang tertera nombor telefonnya. Aku memandang sinisnya lantas mengangkat langkah untuk berlalu.
"Jangan lupa telefon saya.."
Aku terus berlalu. ku harap Tuhan menutup hati bodohku untuk jatuh cinta lagi dengan lelaki. Kesedihan yang terpahat dijiwa enggan berlalu pergi. kenapalah ia terlalu degil untuk berlalu dariku. Ahhh... semuanya teramat membebankanku. Aku kesesakan. Seandainya A masih ada... Ya Allah, berlalu lah pergi A dari hidupku. hanya doa dan bacaan yassin sedekah untuk dirinya. kesedihan yang enggan pergi menjerit-jerit memanggil aku untuk menghubungi G. Mengharapkan G dapat menceriakan diri ini dan melupakan segalanya. Ku capai kertas keemasan itu, perlahan aku mendail nombor G. Telefon berdering seketika, aku matikan panggilan. berfikir untuk kali kedua dan ketiganya. Bagaimana kalau G juga akan memainkan perasaanku? Ahhh... tak cuba tak tahu.. entah-entah G sama baiknya dengan A.... Atau sama je perangainya macam F???..
Telefon berdering... Ahhh... Dia menghubungiku... Nak angkat ke tak nak?? aku gagahkan juga untuk menyambut penaggilan dari G...
Ahhh... perkenalan dengan G membawa sedikit bahagia. Ya Allah terima kasih kerana Engkau mengembalikan A padaku. G sangat baik sama seperti dengan A. Perkenalan kami berterusan dan aku menjalani hidup bahagia bersama G..Kami sama-sama jatuh cinta dan akhirnya aku menerima G sebagai teman hidupku. G menjagaku sama seperti dirinya. ibaratkan aku bunga, dia daunnya. Aku matahari, dia bulannya. aku dambakan dialah lelaki terakhir dalam hidupku yang akan sama-sama melalui liku-liku sepanjang hidup kami.
Namun, kebahagiaan yang diidam-idamkan sekali lagi di uji. G di timpa kemalangan. Rupa-rupanya dia pelumba haram. Mat rempit! ahli (Merah,Kuning, Hijau)!!
Ahhh... sakitnya hatiku. namun di sebabkan sayang, aku memaafkannya. Dia berjanji akan meninggalkan semua itu demi aku. kerana kebodohan diriku akhirnya menerimanya kembali. kehidupan djalani seperti biasa dari sehari ke sehari. Dan perubahan besar dapat aku lihat dalam diri G sejak kemalangan itu. G mula marah-marah dan seringkali aku dimaki hamun nya. bukan itu sahaja, dia sering naik tangan memukul ku kalau aku tidak mendengar katanya. bukan itu sahaja, dia akan tunggu aku di depan sekolah dan mengajakku keluar. jika aku enggan, maka makan penampar lah aku walaupun di depan pelajar-pelajar sekolah yang lain dia tidak endahkan. yang penting aku tidak melawan katanya. kami seringkali bergaduh dan kerana sayang. aku hanya bertahan dan mengharapkan perubahan pada dirinya akan berlalu pergi. Aku mahukan G yang dulu.
Aku tabahkan diri, aku kuatkan semangat. Aku yakin semuanya ujian dari-Nya. G.. Aku rindukan dirimu yang dulu. kasih sayang dan kebahagian kita. Dimana G yang dulu... Ahhhh... kenangan lama mula mengintai kembali.. A datang menjelma. Tersenyum seperti selalu, meminta aku untuk sentiasa bersabar dan kuatkan hati untuk menjalani kehidupan agar satu hari aku akan berhadapan dengan kebahagiaan sejati. Ya Allah, tempatkan insan tersayang itu di sisi - Mu.. A, sampai mati tak akan ku ketemu yang serupa dengan-Mu. Ku doakan kau temui kebahagiaan di sana seperti mana yang pernah kau idam-idamkan.
Teringatkan pesanan ringkas SMS dari adik A beberapa hari lepas, yang mengatakan papanya sakit tenat dan mereka akan ke United Kingdom untuk mengubati lukanya. Ahhh... Kesian Mama dan Papa.. terseksa mereka sejak kehilangan A.... aku harapkan mama dan papa sihat sejahtera. Ya Allah, selamatkan lah kebahagiaan keluarga itu. Sedih sekali aku tidak dapat berjumpa dengan keluarga itu. A... kesian sungguh mama dan papa mu meratapi kehilangan mu.... begitu juga aku yang terlalu merinduimu sayang... ku harapkan mereka selamat sampai di sana dan papa akan bertambah sihat selepas menjalani perubatan di sana.
G masih sama memarahiku dan memukul-mukul aku setiap hari. Aku masih dapat bertahan kerana aku yakin G akan berubah seperti dahulu. Doa sentiasa mengiringi hari-hariku agar Allah membuka hatinya seperti dahulu. Aku cintakan kau G..
Peperiksaan kian hampir. Aku tidak dapat tumpukan perhatian dalam pelajaran. Aku tidak langsung mengulangkaji pelajaran. kalau A ada, mesti dia kecewa dengan ku.. Kesakitan di hati di buang tepi, aku gagahi kaki melangkah untuk menduduki peperiksaan tersebut walaupun hati dan fikiran di belenggu rasa kecewa dan kekesalan. tapi tak apa.... Allah kan ada...Sentiasa ada untuk insan yang teraniaya...
Ku harapkan G berubah.
Manusia tak pernah mensyukuri nikmat yang di berikan nya. aku menduduki SPM dan hanya bertawakkal walaupun tidak sedikit pun aku mengulang kaji pelajaran kerana terlampau melayan luka dan kecewa. Bodohnya aku mengorbankan masa depan sendiri hanya kerana kekecewaan dari teman-teman.
Aku meneruskan hidup sehinggalah peperiksaan SPM habis. maka, aku tersenyum bangga. merdeka!! terjerit-jerit pelajar-pelajar yang lain melaungkan merdeka! merdeka ! merdeka!.. hahaha... belum merdeka lagi.. malah ini lah permulaan permainan dunia. berusaha seseorang itu, berjaya lah dia. malas seseorang itu, tak berjaya lah dia. aku tersenyum sambil mencorak-corak masa depanku..
moga Allah memberi rahamt kepada ku agar aku akan menjadi insan yang berjaya di masa akan datang..
amin... insya Allah...
** sambungan di part 2... terima kasih kerana sudi membaca ayat yang tunggang langgang kerana banyak kerja dalam kepala jadi agak serabut.
Mlm ni 24 dec 2010...
ngah kol 10.30 pm... bownk glew2..
xtao nk wt pew...
nk b'fb pown xdews mood... sok lak krismas...
sok bajet nk g men bowling n adek badek..
tp ntah la.... xtao ag...
kat wangsa walk tuuh msty rmai pnye...
urmmmm...
nk msg n mamat sengal ni pown xdew mood ah...
pe nk wt erk?
lao aq tao la bownk glew mlm ni, bek aq kua jew pas abez keje ptg td...
enjoy puas2...
xdew ah bownk sgt cenggini....
ahad ni lawan bola..malaysia n indonesia..
hrap2 malaysia menang...
ary ni kelaka sgt kat opiz...
ptg td g mkn n boz, jln kaki jew la babdekat jew an...
then tyme nk melintas, pkcik moto mnjerit kt ktowg..
"maty!" saje nk tkotkn la knon...
then boz aq dgn slumberk jwab " xkan la nk maty..."
kteowg dok glax2 jew la...
tmbah 1 dosa mngate owg...
;)
Hilangnya cintamu...So what?
Menusuk hatiku...Just a bit!
Hingga ku memilih Cinta yang fana..Its ok at least im happy..:)
perginya dirimu...SILA JAUH2!
merobek jantungku...LEPAS 1JAM OK LA!
hingga ku terjatuh...LEH BANGUN BALIK KAN!
dalam harapan....NEXT GUY PLIZ!!!
kaum adam,
hentikan sikap dayus, hentikan semua dusta, hentikan tipu helah,
hentikan buat hawa kecewa..
hawa, bertahanlah...
jangan jd lemah..
bangunlah hawa,
dan terus BLAH..