phone: +420 776 223 443
e-mail: support@londoncreative.co.uk
Info lanjut, klik di sini

Oct 2, 2012

JANGAN TIDUR SEMASA.........??



1. Jangan memakai jam tangan ketika tidur.
Mungkin ada di antara korang yang terlupa untuk membuka jam tangan
yang korang pakai sebelum tidur. Sebenarnya jam tangan boleh
mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak
ia memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan anda.

2. Jangan tidur dengan handphone di sisi anda.
Para saintis percaya bahaw

a, jika kita meletakkan telefon bimbit bersebelahan
anda ketika tidur, ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang boleh
membahayakan kesihatan anda. Walaupun ada yang berbuat demikian
kerana untuk dijadikan sebagai alat penggera. Kalau boleh elakkan.

3. Jangan tidur dengan muka yang bermekap.
Jika anda tidur dengan muka yang bermekap, ia sebenarnya mendatangkan
kesan dalam kualiti tidur anda kerana, muka kita tidak rasa selesa dengan
mekap yang belum lagi tertanggal. Selain daripada itu, ia juga menghalang
kulit muka anda untuk bernafas dan mendapatkan pengaliran udara yang
sepatutnya ketika tidur. Oleh itu, tanggalkan mekap sebelum tidur.

4. Jangan tidur dengan memakai coli.
Hal ini juga penting kerana pakar kesihatan di luar negara mengesahkan
bahawa mana-mana wanita yang memakai coli ketika tidur berisiko tinggi
untuk menghidap kanser payudara. Memakai coli lebih dari 12 jam juga tidak
baik untuk kesihatan wanita.

5. Jangan tidur dengan memakai seluar dalam.
Ini untuk kaum lelaki khususnya. Pakailah seluar yang longgar dan tidak
terlalu ketat semasa tidur.

6. Jangan tidur tanpa seurat benang.
Ia juga mengelakkan diri kita daripada tercedera ketika tidur bagi yang agresif
cara tidurnya. Selain itu, ia juga sebagai persediaan untuk menghadapi
kecemasan.





* ada ape2 lagi yang nak ditambah?

0 Comments:

---Leave your comment here..---

PENAJA BLOG

Info lanjut klik di sini