phone: +420 776 223 443
e-mail: support@londoncreative.co.uk
Info lanjut, klik di sini

Aug 1, 2011

Lelaki & Kehidupan Impian

Ada seorang insan selalu berkata pada Aku.. "Sue senaraikan ciri-ciri lelaki yang Sue nak sebagai suami..dan banyak kan berdoa agar dapat jodoh seperti yang Sue impikan.."


Kalau tanya ciri -ciri kehidupan impian Aku, banyak yang Aku boleh senaraikan. So, terdetik kat hati Aku nak menyenaraikan ciri-ciri lelaki idaman dan kehidupan impian yang Aku impikan.






Ciri-ciri lelaki idaman:


  1. Lelaki yang berperwatakan seorang pemimpin (yang orang lain boleh mendengar bicaranya)
  2. Lelaki yang berpendirian yang boleh membimbing Aku ke jalan yg benar (Yg mengajak Aku untuk bersolat, bukan Aku yang mengajaknya)
  3. Lelaki yang penyayang, yang sentiasa mengambil berat tentang Aku walau di mana pun dia berada
  4. Lelaki yang mendahulukan orang lain sebelum dirinya
  5. Lelaki yang sanggup mati kerana cintanya
  6. Dan, Aku tak kisah yang lainnya... Asalkan dia ada kerja, Dia tahu cari makan untuk keluarganya.. itu dah mencukupi...
  7. SERTA, lelaki yang sentiasa JUJUR, SETIA dan IKHLAS dengan apa yang dia lakukan...!! **ini yang paling penting...     "UNLESS u hurt me, then i HURT u back..!!"




Ciri-ciri kehidupan impian:


  1. Aku nak berjaya dengan apa yang Aku usahakan
  2. Aku nak beli banglo besar dan hadiahkan untuk my Mum & Dad
  3. Aku nak my Mum & Dad berhenti kerja dan duduk rumah je menikmati titik peluh Aku
  4. Aku nak beli Lamborghini
  5. Aku nak keluarga Aku bahagia..Ada anak yang comel dan pintar ;)




urrrmmmm pe lagi erk? tadi Aku mandi macam-macam kat dalam fikiran, sekarang dah blur pulak.. tak pe lah nanti dapat idea Aku sambung lagi..setakat ni je lah dulu...


Chan Chin Chow







0 Comments:

---Leave your comment here..---

nikmat beristeri empat

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.


Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, ?Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.?

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?? Isteri keempatnya terdiam. ?Tentu saja tidak!? jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, ?Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku??. Isteri ketiganya menjawab, ?Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati?. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, ?Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?? Si isteri kedua menjawab perlahan, ?Maafkan aku?aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.?

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, ?Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.? Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, ?Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.?

MORAL OF THE STORY…

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita
sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

0 Comments:

---Leave your comment here..---

ingatan buat pengantin - gembira atau berduka


Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.


 Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan… maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.

Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah


dibanggakan pula kenangan itu dengan meng’upload’ kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.


Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang


difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.


Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.



 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama… kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.


Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia


lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.


Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang ‘gharib/asing’ walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.


Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih.


Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu… yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya. ..

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.


Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan


seperti , “Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin…Macamana pula gayanya!” sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia ” Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!” dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira…. kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

0 Comments:

---Leave your comment here..---

kanser servik 2



KANSER SERVIKS; LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA


Dr Harmy Mohd Yusof, Presiden PAPISMA 07/08




Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita.


Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada tahun 2002 sahaja , terdapat sebanyak lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100 000 penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes bagi setiap 100 000 penduduk.
Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV) khususnya jenis 16 dan 18. Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain. Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia


boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.
Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut? Menurut kajian yang dijalankan, jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka.


Walau bagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser.


Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal. Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan diperingkat awal lagi.


Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Namun begitu seperti juga wanita, lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut di kalangan lelaki. Secara khususnya virus HPV jenis 16 dan 18 tidak menyebabkan masalah kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti pasangannya.


Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat virus ini. Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang selamat, setia dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan. Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini.
Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan. Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70 peratus sahaja terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang masih belum dijangkiti virus tersebut.




Oleh itu penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat `kanser serviks.


Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai, umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya.


Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukanya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.


Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat meyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser ini.

0 Comments:

---Leave your comment here..---

RAMADHAN AL_MUBARAK

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


Selamat menunaikan ibadah berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia.. harap2 puasa kali ini lebih di berkati daripada tahun2 yang lalu... Seperti biasa bila puasa yang pertama mesti lah agak keberatan sikit kan sebab perut kita mungkin mengejut kena puasa tiba2...


tapi tak pe..sebab lama2 akan terbiasa. sekejap je masa berlalu, rupanya kita dah berpuasa. tak tahu lah puasa ni yang kemungkinan terakhir ke, atau kedua terakhir ke..sebab kita sendiri tak tahu bila masa kita akan pergi. mungkin ini lah bulan ramadhan terakhir yang kita kecapi. Ajal dan maut semua di tangan Tuhan.




Jadi seelok2nya kita hargai masa2 yang kita ada sebaiknya dengan memenuhi bulan yang mulia ini dengan segala ibadah yang kita dapat taunaikan untuk dijadikan bekalan. Bagi aku,puasa kali ni agak menarik lah sebab aku berpuasa dengan keluarga. sebelum ni aku asyik berpuasa dekat ipoh dengan kawan,almaklumlah aku belajar. sekarang dah habis belajar, so stay dgn family dan kerja.


Lastly, aku doakan ramadhan kali ni penuh keerkatan dan penuh rezeki yang melimpah ruah..amin



0 Comments:

---Leave your comment here..---

PENAJA BLOG

Info lanjut klik di sini